AzieKitchen Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Recipes Chicken Recipes Asian Cooking Bila kuah dah pekat masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut Untuk resepi rendang ayam ini gunakan cara menumis dalam minyak kerana dapat membangkitkan aroma rempah yang digoreng tetapi anda boleh juga gunakan kaedah memasak rendang tanpa menumis iaitu masuk ResepiAyam Masak Merah Sheila Rusly Sedap | Resepi Simpel. Resepi Simpel - RESEPI NASI AYAM Lauk Ayam: 1 ekor ayam Halia Bawang putih Bawang merah Bahan perap: Sos tiram Kicap cair Kicap manis Madu Minyak bijan Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam Resepirendang daging sedap azie kitchen ~ memang saat ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya sobat. Sebagian orang memang sudah terbiasa menggunakan internet di smartphone untuk melihat informasi gambar maupun video untuk dijadikan wawasan, dan sesuai judul postingan kali ini saya akan membagikan Siapasuka makan yong taufu. Hot thai kitchen s1 e203 agar jelly fruit cake recipe เคก. Terima kasih pada azie kerana sudi berkongsi resepi. Kuah yong tau fu resepi asal. Resepi makaroni bakar azie kitchen resepi makaroni. X mau ambik resepix makan pun sos yong tau fu. Resepinya uj intai dari dapur sifu kita iaitu azie kitchen di sinicantik. ResipiRendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama RendangAyam Mudah dan Sedap Oleh: Azie Kitchen Bahan-bahan: 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam VZTU. 5/09/2019 Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali. Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala. Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI. Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 3-4 sudu besar cili kering kisar 1 helai daun kunyit - hiris Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 6/24/2018 Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang ayam, mee hoon, kuih bakar dan agar agar kemenyan untuk berbuka puasa. Rendang Pedas Perak, bisik Zatul, yang kebetulan duduk bersebelahan saya. Menelan nelan air liur melihat Zatul dan tetamu lain makan. Setelah merasa rendangnya waktu berbuka puasa, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap. Cuma pastikan api kecil dan dibiarkan rendang lama lama sehingga kering dan tidak lagi kelihatan basah. Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua dihiris halus mengikut cara Bonda Mertua. Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua 2 ekor ayam - dipotong 14 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa 15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam. Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin. 7/01/2018 Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Banyak undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka semalam dan hari ini tidak dapat saya hadiri kerana saya demam dan selsema yang agak teruk. Selepas majlis rumah terbuka Bank tempat saya bekerja hari Jumaat lalu, saya telah merasa tidak sedap badan bila saya mula bersin dan hidung mula berair. Balik rumah cepat cepat mengambil panadol dan ubat sakit tekak. Tapi nampak tidak dapat mencegah saya dari terus demam. Ingat hari ini hendak ke majlis rumah terbuka Datin Rafidah, tapi badan rasa ringan melayang sahaja. Jadi sebelum apa apa yang tidak diingini, saya memutuskan untuk tidak ke mana mana. Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa ke dapur memasak yang ringkas ringkas untuk makan tengahari saya, suami, Juita dan Aween. Resepi saya hari ini adalah Rendang Cili Padi yang dimakan dengan lemang periuk kera dan juga nasi impit. Ya lah masih dalam suasana raya kan... Telah bertahun saya meminta resepi rendang ayam cili padi dari Ali, rakan sekerja. Ianya selepas saya makan rendang ayam yang dimasak oleh isteri beliau di satu majlis makan makan di pejabat bebeerapa tahun lepas. Tapi saya gagal mendapatkannya sehingga majlis rumah terbuka Bank hari Jumaat di mana isterinya hadir bersama. Apalagi, saya terus bertanya resepi dari tuan punya diri. Kebetulan saya memang telah lama bercadang untuk memasak rendang ayam cili padi dan bersembang sembang dengan Maznah, rakan sekerja. Dia cakap reka sendiri lah kak zie bila saya beritahu yang saya telah lama mencari resepi rendang cili padi. Jadi sambil bersembang, saya menulis resepi untuk rendang ayam cili padi. Terdapat banyak versi ada yang ditumis, ada yang dimasukkan rempah jintan dsb. Jadi bila isteri Ali sudi berkongsi resepi, lebih mudah saya bertanya bahan yang digunakan. Cuma perlu compare sahaja bahan yang diberi dengan resepi yang telah saya tulis. Jom layan resepi yang telah saya tulis di bawah ini. Juga jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 1 sudu besar serbuk kunyit - untuk cantikkan warna 1 helai daun kunyit - dihiris 1/2 kg santan pekat 1 sudu kecil cili kering kisar - opsyenal 1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 15 tangkai cili padi hijau dan merah - boleh tambah jika suka pedas Bahan bahan kisar dikisar dengan santan tapi jangan terlalu hancur supaya rendang akan lebih berserdak. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali dan nyalakan api kecil seketika agak agak air ayam kering. Setelah air ayam kering, masukkan santan dan daun limau purut. Saya juga letak sedikit cili kering kisar sekadar hanya untuk mencantikkan warna. Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Jangan kacau ayam, untuk mengelakkan ayam hancur. Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, garam dan gula. Masak sehingga kering yang disukai denga api yang kecil. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Tutup api. Jika suka, boleh juga ditumis terlebih dahulu bahan kisar sebelum dimasukkan ayam dan santan. Jika mahu rendang yang kering, biarkan lama lama atas dapur dengan api yang kecil, kacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Cara mengacau juga penting. Resepi ini tidak menggunakan asam keping, tapi jika suka boleh letak 1 keping asam keping. Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.

resepi rendang ayam sedap azie kitchen